Kandungan Air Susu (breastmilk)

10:00 am

Ini adalah post pasal BREASTFEEDING.

Pernah dulu saya ada share post salah satu tips untuk kurangkan risiko kanser payudara (dalam fb saya:SINI)

Selalu kan kita dengar milkbooster laaa penggalak susu laaa.

Ada yang cakap milkbooster ni yang keluarkan air susu (saya pun dulu salah tafsir).

Betulkah? -SALAH!

Sebelum cakap pasal milkbooster ni confirm buat air susu akan banyak, fahami dulu basic air susu tu apa.





Masalah utama ibu-ibu yang breastfeeding ni AIR SUSU KURANG. Ada kes bukan kurang tetapi nutrisi kurang dalam badan. Tapi benda-benda begini selalu terlepas pandang.

Bila air susu kurang selalunya ibu-ibu akan pilih sama ada bagi susu formula atau cari jalan banyakkan air susu.

So pesan saya sebelum bagi anak susu formula atau cari milkbooster, gali dulu sikit ilmu breastfeeding.




Tahu tak breastmilk (BM) atau air susu terdiri daripada MAKRONUTRIEN, MIKRONUTRIEN DAN KOMPONEN BIOAKTIF?

MAKRONUTRIEN
Walaupun diet ibu tidak 100% mempengaruhi makronutrien dalam air susu namun perhatian patut diberikan kerana diet ibu penting untuk sesetengah komposisi vitamin (mikronutrien) dan asid lemak dalam air susu (lemak).

Tahu tidak around 4 weeks postpartum (4mingu selepas bersalin), kepekatan makronutrien berhubungkait dengan faktor berikut:
✔Berat ke tinggi ibu
✔Pengambilan protein
✔Menstruasi selepas bersalin
✔Kekerapan penyusuan

Sebenarnya bila pengeluaran air susu meningkat (kuantiti), kepekatan laktos tinggi tetapi kepekatan lemak dan protin dalam air susu menurun.

Level protein dalam air susu akan berkurang mula minggu ke 4-6 selepas bersalin.

Tahu tidak lemak dalam air susu lebih banyak pada waktu siang berbanding malam dan awal pagi?

Sekitar 25% variasi dalam kepekatan lipid untuk air susu ibu itu dirungkai melalui pengambilan protein si ibu.

Asid lemak (terkandung DHA) perlu kerana komposisi air susu. Ada kajian mendapati wanita yang kurang mengambil diet yang ada DHA disarankan mengambil suplemen DHA kerana menjadi salah satu makronutrien dalam air susu.

Siapa kata dalam air susu tiada gula. ADA! Ia dalam bentuk disaccharide lactose. Laktos ni sebagai karbohidrat bantu tumbesaran dan tenaga pada bayi.

MIKRONUTRIEN
Susu pertama sekali yang akan bayi dapat ialah kolostrum (Colustrum). Kolustrum ni bukan mengenyangkan atau penuh nutrisi pun. Kolostrum lebih kepada komponen untuk imun bukan nutrisi. Dalam kolostrum, tiga bahan ni banyak: Sodium, Chloride dan Magnesium. Tetapi rendah Potassium dan kalsium.

Selepas fasa kolostrum tadi, barulah air susu lebih kepada bernutrisi untuk bantu tambah berat.

Mikronutrien dalam air susu bergantung pada diet ibu dan simpanan dalam tubuh badan, sebab itu selain kita ambil nutrisi dari luar bagi nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, kita mestilah mempunyai simpanan nutrisi yang cukup kerana penghasilan air susu memerlukan apa yang sedia ada dalam tubuh kita.

Tapi bab nutrisi ni orang selalu terlepas pandang. Ingat dengan pemakanan harian boleh cukupkan keperluan badan. Tapi sebenanrnya tidak! Dalam sehari kita dinasihatkan untuk ambil 5-9 serving buah dan sayuran untuk cukupkan keperluan vitamin dan mineral. Ada yang satu serving pun tidak kan. So why assume you dah cukup nutrisi dalam badan?

Antara mikronutrien (vitamin dan mineral) yang terdapat dalam air susu ialah:
✔️Vitamin A
✔️Vitamin B (B1, B2, B6, B12)
✔️Vitamin D (low quantity antara sebabnya kurangnya kadar exposure ibu mengandung pada cahaya matahari)
✔️Vitamin K (Perasan tidak bayi yang baru lahir mesti diberi vitamin K melalui suntikan. Sebab vitamin K ni perlu tetapi sangat rendah dalam air susu ibu. Sebab itu sumber dari luar perlu diberikan. Vitamin K ni penting untuk elak pendarahan dalam kalangan newborn)
✔️Iodine

Vitamin dan mineral ni ada yang terhasil dalam badan ada juga yang badan tidak boleh hasilkan. Bagi yang tidak dihasilkan oleh badan kena ambil dari sumber luar maksudnya dari pemakanan harian dan makanan tambahan.

KOMPONEN BIOAKTIF
Ini agak susah untuk saya cerita. Sebab banyak istilah sains. Senang saya ringkaskan yang komponen bioaktif ni perlu untuk:
✔Survival
✔Perkembangan yang sihat

‼️Info: 80% sel pada air susu awal adalah banyak terkandung makrophages (satu jenis pertahanan badan yang akan musnahkan patogen)

So bila kita dah tahu apa yang dalam air susu, bolehlah target kena makan apa kan untuk banyakkan air susu

Bayangkan makronutrien, mikronutrien ni cukup, penghasilan air susu tentu juga cukup. Sebab apa? Sebab apa yang air susu perlukan tu untuk buat air susu sudah lengkap.

Tapi kena ingat!




Saya tahu yang pemakanan (diet harian) saya memang tidak mencukupkan nutrisi dalam badan saya. Tapi saya mahu breastfeed baby saya. Jadi saya kena ikhtiar juga untuk cukupkan nutrisi. Saya decide makan suplemen. Tapi sebelum saya pilih yang mana satu (banyak kan suplemen penyusuan di pasaran sekarang?), saya memang buat pembacaan. Ada suplemen yang all-in-1 ada suplemen yang kena ambil beberapa jenis.

Memang mula-mula fikir ambil yang all-in-one la senang. Tapi bila belek bahan-bahan dan nutrisi dalam suplemen all-in-one rata-rata tidak ada semua makronutrien dan mikronutrien. Sayang pula beli all-in-one tapi tidak cukup nutrien dalam tu. So saya decide kali ni saya mahu BF kan Naurah Ameena dengan dibantu oleh set BF Shaklee. Boleh ja pilih mana suplemen BF ikut mana yang kita suka. Saya pilih Shaklee punya.




Bagaimana BF set Shaklee Membantu Saya?

🍀Vitalea
Diet ibu selalunya tidak optimum sebab itu sangat disarankan pengambilan multivitamin yang berterusan selama penyusuan. Dalam vitalea ni ada vitamin A, iodine, vitamin D.

🍀Bcomplex
Lengkap dengan 8 jenis vitamin B. Ingat antara komponen air susu tadi vitamin B1, B2, B6, B12 kan. Bcomplex Shaklee ni lengkap. Paling bagus legakan tekanan dan stress juga vitamin B ni sebab tu sangat terkenal dengan panggilan B-happy vitamin.

🍀Vit C
Tahu tidak bayi yang lahir sebenarnya sistem imuniti belum matang sepenuhnya dan bergantung pada antibodi ibu untuk melawan patogen. Untuk meningkatkan sistem imuniti ibu, vitamin C membantu. Saya perasan masa berpantang saya langaung tiada selesema atau demam. Dulu berpantangkan Adam Noah selesema demam berulang kali.

🍀Alfalfa Complex
Alfalfa ni dikenali dengan "king of food" sebab banyak mineral yang terkandung dalamnya. Akar Alfalfa boleh cecah kedalaman 6m untuk cari nutrien dasar tanah. Manakala daunnya sangat pekat dengan klorofil (banyak manfaat). Alfalfa Complex ni juga ada vitamin K (ingat yang atas tadi vitamin K pun ada dalam air susu). Vitamin K diperlukan untuk pembekuan darah. Bila berlaku pendarahan, vitamin K perlu untuk bekukan darah.

🍀ESP
Ni makronutrien. Dalam ni tinggi protein dan ada lemak dan karbohidrat. Kalsium pun ada.
Saya bandingkan kualiti air susu bila consume ESP dengan tidak consume dan saya perasan air susu jadi pekat bila saya ada bancuh ESP. Ada masa malas bancuh tu perasan air susu agak cair dan boleh nampak dari air susu tu sendiri.

Ada yang perlukan pasal set BF ni boleh hubungi saya dan in shaa Allah saya akan sharing lagi dan jawab mana-mana pertanyaan jika saya boleh jawab.





Sekian sharing hari ni. Semoga bermanfaat dan jom breastfeed baby!

From mother to mothers,
Nija
Wahm
Ibu AN & NA


You Might Also Like

0 comments